100 gerai pasar malam milik warga asing dirobohkan - Utusan Malaysia

100 gerai pasar malam milik warga asing dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 3 Ogos – Majlis Perbandaran Iskandar Puteri (MBIP) merobohkan 100 gerai tapak pasar malam yang didirikan warga asing sejak sebulan lalu di Tanah Rizab Awam, Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah di sini, pagi ini.

Ketua Operasi MBIP, Azrullail Masijan berkata, operasi pukul 7 pagi yang dijalankan seramai 123 pegawai dan anggota penguatkuasa MBIP serta polis itu dibuat selepas pihaknya melakukan risikan sejak sebulan lalu.

“Kita mendapat aduan daripada pihak pemaju dan orang awam yang memaklumkan ada tapak pasar malam beroperasi di sini dipercayai secara haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu pihak kita mendapati lebih 100 peniaga di tapak pasar malam beroperasi antara pukul 4 petang hingga lewat malam setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir di sini sebentar tadi.

Azrullail berkata, selepas notis diserahkan 25 Julai lalu pihak MBIP mendapat peniaga masih berdegil sebelum operasi merobohkan khemah dan gerai di tapak berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×