KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tampak mustahil, namun MISC-MIFA membuktikan mereka tidak berdepan masalah biarpun penyerang Kpah Sherman dari Liberia dibuang padang untuk bangkit mengikat Kedah 2-2 dalam perlawanan keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Air Asia, sebentar tadi. Skuad Lang Merah hampir memungut 3 mata penting namun dikecewakan dengan jaringan penyamaan oleh pemain tengah MISC-MIFA, R. Barath Kumar ketika masa penuh permainan berbaki 8 minit. Terdahulu Sandro da…