Zionis, bebaskan suami saya! - Utusan Malaysia

Zionis, bebaskan suami saya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Isteri kepada sukarelawan tunggal Malaysia mahu rejim Zionis Israel membebaskan suaminya, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh iaitu seorang daripada 22 anak kapal flotila Al-Awda yang ditawan ketika menghampiri perairan Gaza, semalam.

Menurut Ayu Mazlan, 45, beliau sangat terkejut dan cemas apabila mengetahui berita mengenai nasib yang menimpa suaminya itu pada pukul 7.15 petang semalam.

“Pada sebelah pagi sebelum kejadian, saya sempat berhubung dengan suami dan dia memberitahu perkara-perkara positif mengenai misi kemanusiaan tersebut.

“Saya amat berharap keselamatan suami terjamin kerana kita semua sedia maklum tentang kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka perlu membebaskan suami saya dan hentikan segala kekejaman yang dilakukan selama ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar yang berlangsung di pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCare) , di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayu berkata, beliau yakin sekiranya desakan berterusan dilakukan oleh masyarakat antarabangsa terhadap Israel mampu mengubah situasi kekejaman yang berlaku kepada penduduk Palestin.

Katanya, penahanan suaminya itu membuktikan rejim Zionis Israel sanggup membelakangkan undang-undang antarabangsa dan menindas komuniti luar yang mahu membantu Palestin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN