Zambry puji Syed Saddiq kutip sampah - Utusan Malaysia

Zambry puji Syed Saddiq kutip sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Julai – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman mengutip sampah di tempat duduk penonton selepas perlawanan akhir Piala FA semalam.

Zambry puji Syed Saddiq kutip sampah
Zambry puji Syed Saddiq kutip sampah

Zambry yang dikutuk kerana mengutip sampah bersama pekerja Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) ketika menjadi Menteri Besar berkata, Syed Saddiq telah menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Menurutnya, tindakan Syed Saddiq itu merupakan satu sikap baik yang boleh dicontohi untuk negara yang bersih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahniah @SyedSaddiq tunjuk contoh yang baik. Dulu saya kutip sampah di Perak, ada pemimpin parti maki dan kutuk saya kononnya mencari publisiti murahan. Jangan peduli cacian, teruskan tunjuk sikap yang baik yang boleh dicontohi utk negara yang bersih,” tulis Zambry dalam laman sosial Twitter beliau hari ini.

Tindakan Syed Saddiq mengutip sampah di tempat duduk penonton selepas perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.

Apa yang menarik, tindakan Syed Saddiq itu tidak dapat lari daripada dibandingkan dengan Zambry yang pernah melakukan perkara yang sama ketika menjadi Menteri Besar.

Walaupun dikritik kononnya mahu mencari publisiti murahan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Zambry bertegas beliau mahu mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan.

Malah Zambry membuktikan perkara itu apabila kerajaan negeri ketika itu melancarkan kempen kebersihan iaitu Perak Yang Bersih.

Kenyataan Zambry hari ini juga dilihat mahu membuktikan tindakannya mengutip sampah bukan bertujuan mencari publisiti murahan.

Ini kerana tindakan yang sama kini dilakukan oleh seorang menteri kerana mahu membangkitkan kesedaran penjagaan kebersihan dalam kalangan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×