Zahid bebas ke luar negara - Utusan Malaysia

Zahid bebas ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih bebas untuk ke luar negara buat masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, nama Presiden UMNO itu tidak disenaraihitamkan dan pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian.

“Saya telah semak dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mengenai perkara ini dan SPRM memberitahu masih tiada arahan untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui dalam Op Mega 3.0 di sekitar Lebuh Pudu di sini hari ini.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan tentang seorang pemimpin tertinggi UMNO yang juga bekas menteri kanan dalam kabinet akan dipanggil dalam tempoh terdekat berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan.

Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN