KEJUARAAN berganda buat Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Rusia apabila pemain perseorangan wanita kebangsaan, Ho Yen Mei serta beregu lelaki profesional, Mohamad Arif Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub muncul juara. Yen Mei melakar kejutan apabila memenangi acara perseorangan wanita selepas menewaskan pemain Jepun, Shiori Ebihara menerusi aksi tiga set 22-20, 11-21, 21-18 dalam tempoh lebih sejam. Jurulatih perseorangan wanita negara, Rony Agustinus mengakui tidak menjangka anak buahnya itu mampu merangkul kejuaraan…










