Yamaha lancar model YZF R15 - Utusan Malaysia

Yamaha lancar model YZF R15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan model baharu, Yamaha YZF R15 pada majlis pelancaran di tapak Karnival Gen Blu Yamaha di Stadium Negeri Batu Kawan di sini sebentar tadi.

Acara berkenaan disempurnakan Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor.

Model yang dinanti berkenaan dijual pada harga RM11,988 dengan tiga pilihan warna iaitu biru, kuning dan hitam.

Antara ciri-ciri yang dilengkapi pada jentera 155cc berkenaan ialah dengan rekaan aerodinamik, kotak gear enam kelajuan, cakera brek hadapan berdiameter 282 milimeter dan tayar super lebar. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN