KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Yahaya Ali dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN Ke-14 hari ini. Pelantikan Yahaya, 59, yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Marang dicadang oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat. Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan…










