Wira penyelam Thailand dianugerahkan pangkat - Utusan Malaysia

Wira penyelam Thailand dianugerahkan pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 14 Julai – Bekas penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, yang menemui ajal semasa menyertai misi menyelamat 13 pemain bola sepak pasukan Wild Boar yang terperangkap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai baru-baru ini, diberi kenaikan pangkat secara anumerta oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn hari ini.

 

Menurut Royal Gazette, mendiang Saman Kunan, 38, dinaikkan pangkat kepada Leftenan Komander.

Ini kenaikan pangkat kali kedua bagi Saman selepas tragedi yang berlaku pada 6 Julai lalu apabila mendiang meninggal dunia semasa menjalankan tugas menambah oksigen ke dalam tangki di Chamber 3 gua yang dilanda banjir itu.

Sejurus selepas kematiannya, Saman dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Leftenan.

Raja Thailand itu juga menaja perbelanjaan urusan pengebumian penyelam berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN