SHEFFIELD, Britain – Seorang wanita berusia 32 tahun melahirkan bayi kembar satu dalam sejuta apabila salah seorang bayinya dilahirkan secara normal, manakala seorang lagi menghidap penyakit sindrom Down.
Pasangan suami isteri, Nicola dan Todd Bailey berkata, mereka tidak mengetahui anak perempuannya, Harper mengalami masalah kecacatan itu sehingga dia dilahirkan 38 minit sebelum adiknya, Quinn.
Nicola melahirkan anak kembarnya itu secara normal di Hospital Rotherham pada 15 Februari lalu.
Mengimbas kembali berita mengejutkan itu, pasangan itu mendakwa bahawa pasukan doktor hanya mampu memohon maaf ketika memaklumkan mengenai kecacatan salah seorang bayi mereka.
“Seingat saya ketika itu, doktor hanya mampu berkata, saya meminta maaf tetapi perasaan sedih saya berubah dalam sekelip mata apabila menatap wajah kedua-dua mereka. Mereka sangat cantik dan comel walaupun salah seorangnya mengalami sindrom Down,” kata Nicola.
Kira-kira 40,000 bayi di United Kingdom mengalami masalah sindrom Down tetapi pakar perubatan menyifatkan peluang salah seorang kembar menghidap kecacatan itu hanya berlaku satu dalam satu kelahiran bayi di dunia. – Agensi











