KUALA SELANGOR 28 Julai – Kes wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara dilaporkan terus meningkat dengan mencatatkan 37,986 kes sejak Januari tahun ini. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kebanyakan negeri di seluruh negara juga mengalami peningkatan kes HFMD berbanding tempoh sama tahun lalu kecuali Sarawak. Beliau bagaimanapun menegaskan, kes HFMD di negara ini masih terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang. “Jumlah wabak HFMD yang…










