KUALA LUMPUR – Perkhidmatan video-atas-permintaan (VOD) Over-the-Top (OTT) Viu memeterai kerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima dengan membawakan tiga siri Viu berjudul Salon, Jibril dan The Bridge untuk pasaran Malaysia bagi tahun ini. Ia sekali gus menyaksikan ini merupakan kali pertama perkhidmatan OTT menjalin kerjasama dengan stesen penyiaran televisyen terbesar di negara ini. Menurut Pengurus Besar Vuclip Malaysia, Kingsley Warner, konsep kerjasama itu terjalin disebabkan beberapa faktor antaranya kehendak penonton…










