KUALA LUMPUR 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba sekali lagi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 9.54 pagi. Ketibaan beliau hari ini adalah bagi menyambung keterangan berhubung kes siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1 juta. Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu selesai memberi keterangan berhubung siasatan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun…










