[VIDEO] Tradisi sambutan Aidilfitri pengerat silaturahim IPGKBA - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tradisi sambutan Aidilfitri pengerat silaturahim IPGKBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Moral merupakan tradisi yang mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan IPGKBA dan bekas kakitangan.

Hari ini, sebanyak 300 orang hadir ke majlis yang diadakan di Ruang Legar Pejabat IPGKBA di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang juga merupakan Pengerusi majlis, Mohamad Maliki Ali berkata, sudah menjadi satu tradisi bagi IPGKBA untuk mengadakan majlis seumpama ini.

“Dengan cara inilah seluruh warga kerja IPGKBA dan bekas kakitangan dapat bertemu, bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan mesra sesama warga kerja IPGKBA,” katanya di sini ,hari ini.

Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi tadi dimeriahkan lagi dengan acara karaoke yang disertai oleh kakitangan IPGKBA.

Sementara itu, bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Mohd Azman Yusuf berkata kepada wartawan Utusan Online, kemeriahan majlis pada tahun ini lebih ketara dengan adanya acara karaoke di antara kakitangan IPGKBA.

“Meriah. Memang cukup meriah. Berbeza dengan sambutan majlis Aidilfitri tahun sebelum ini, hadirin dihiburkan dengan lagu Hari Raya yang dimainkan menerusi cakera padat.

“Kali ini, kakitangan sendiri berkaraoke menyanyikan lagu hari raya, itu yang membuatkan kemeriahan majlis sambutan lebih terasa,” katanya.

Hadirin yang hadir disajikan dengan pelbagai jenis hidangan termasuk lontong, soto, lemang dan banyak lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN