[VIDEO] Skrin layar gergasi, tonton perlawanan akhir World Cup di RWMF 2018 - Abdul Karim - Utusan Malaysia

[VIDEO] Skrin layar gergasi, tonton perlawanan akhir World Cup di RWMF 2018 – Abdul Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTUBONG 14 Julai – Skrin layar gergasi akan disediakan buat lebih 20,000 pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2018 bagi menyaksikan tayangan perlawanan akhir World Cup 2018 Ahad nanti.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah tersebut bagi memastikan para pengunjung RWMF tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan bersejarah dan terbesar berkenaan.

“Skrin layar ini khas buat mereka peminat bola sepak yang berada di sini agar dapat bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir World Cup 2018.

“Kementerian saya juga akan memasang layar gergasi di Dataran Perpaduan bagi belia dan penduduk sekitar Kuching beramai-ramai menyaksikannya disamping trak makanan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar RWMF 2018 di Kampung Budaya Sarawak (SCV), hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Tetap kementerian, Hii Chang Kee; Pengerusi Sarawak Tourism Board (STB), Datuk Abdul Wahab Aziz; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB, Mary Wan Mering dan Pengarah Artistik RWMF 2018, Jun Lin.

RWMF 2018 memasuki edisi ke-21 mengetengahkan 50 persembahan menarik termasuk menampilkan 37 kumpulan pemuzik dalam dan luar negara sepanjang tiga hari program berlangsung sejak semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Karim memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan kepada kerajaan negeri untuk memastikan capaian internet yang laju di SCV terutama ketika festival antarabangsa yang berlangsung di sini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN