[VIDEO] Penyokong Najib bakar lilin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penyokong Najib bakar lilin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Julai- Beberapa penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membakar 42 batang lilin di bawah papan tanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Najib ketika ini ditahan di ibu pejabat SPRM di sini dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, beliau ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada pukul 2.35 petang tadi dan di bawa ke ibu pejabat SPRM pada pukul 3.35 petang.

Ramli Daud, 60 yang berasal dari Kampung Melayu, Batu 16 Rawang, Selangor berkata, lilin tersebut dibakar sebagai tanda sokongan kepada Najib dan dalam masa sama sebagai tanda membakar SPRM yang tidak berlaku adil dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN