[VIDEO] Pemuda UMNO Selangor tuntut tindakan tegas terhadap Kulasegaran - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemuda UMNO Selangor tuntut tindakan tegas terhadap Kulasegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 30 Julai – Kira-kira 100 orang  berhimpun di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menuntut tindakan tegas terhadap kebiadaban Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Tuntutan yang dibuat menerusi Pergerakan Pemuda UMNO Selangor itu dipimpin ketuanya, Rizam Ismail yang kemudian membuat hadir laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 12 tengah hari ini. 

“Sebagai seorang menteri, beliau (Kulasegaran) sepatutnya mendokong prinsip Perlembagaan Persekutuan dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. 

“Kenyataan beliau itu jika benar adalah jelas menggugat perpaduan dan kestabilan rakyat di negara ini. Justeru, kita desak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap beliau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambah Rizam, meskipun Kulasegaran dilapor telah membuat permohonan maaf, namun Menteri Sumber Manusia itu tidak harus terlepas daripada prinsip kedaulatan undang-undang dalam memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat terus dipertahankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN