BENTONG 30 Julai – Majlis Perbandaran Bentong (MPB) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta produk inovasi ‘Smart Safety Reflective Vest (SSRV)’ bagi mengatasi isu keselamatan pekerja khususnya di kawasan jalan raya. Ves keselamatan pintar yang boleh mengesan kenderaan memasuki laluan kerja dan memberikan isyarat yang dihasilkan enam warga MPB itu turut memenangi anugerah emas sempena Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) 2018 pada 17 dan 18 Julai lalu. Ketua kumpulan itu,…










