[VIDEO] Idea-idea baharu mantapkan fungsi kementerian - Utusan Malaysia

[VIDEO] Idea-idea baharu mantapkan fungsi kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jun – Kepimpinan baharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai idea-idea baharu dalam memantapkan fungsi utama kementerian.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution  berkata, idea-idea baharu yang akan menentukan fokus utama kementerian itu akan diterjemahkan mengikut keadaan semasa.

“Saya dan timbalan, Chong Chieng Jen akan dengar taklimat tentang struktur, hala tuju dan strategi semasa. Dari situ, saya dan timbalan akan meneliti di mana perlu beri nilai tambah dan pembaikan

“Tetapi seperti mana fungsi utama kementerian ini yang berurusan langsung dengan kepentingan rakyat sebagai penerima manfaat akhir dalam perkara berkaitan dengan kepentingan kepenggunaan, harga barang dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau tiba di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada kira-kira pukul 9 pagi dan mengetip kad perakam masa sebagai simbolik memulakan tugas.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN