KUALA LUMPUR 9 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sumbangan berjumlah RM489,166 yang diterimanya hari ini adalah yang amat bermakna. Jelasnya, beliau amat terharu atas sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dari setiap peringkat, bahagian sehinggalah ahli-ahli biasa. “Ini sesuatu sumbangan yang amat bermakna pada saya dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sumbangan ini tidak dibuat berdasarkan arahan, sebaliknya terbit dari hati nurani yang ikhlas.…