KUALA LUMPUR 26 Julai – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa ke-7 Bioteknologi untuk Industri Kesejahteraan bertemakan ‘Sumber Bio Untuk Kesejahteraan Manusia’ di sini bermula 27 hingga 28 November ini. Seminar itu adalah anjuran Institusi Pembangunan Bioproduk UTM dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Kementerian Pendidikan dan Dongguk University, Korea Selatan. Antara topik yang akan dibincangkan dalam persidangan itu adalah perkara berkaitan ubatan herba, kosmetik, agri-bioteknologi,…










