Usia 94 tahun tetap menggali kubur - Utusan Malaysia

Usia 94 tahun tetap menggali kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 23 Julai – Sungguhpun usianya menjangkau lebih sembilan dekad, seorang warga emas dari Kampung Kerasak, Tendong tetap gagah mengangkat cangkul sambil mengerahkan kudratnya menggali kubur bagi memenuhi tuntutan agama.

Yusoff, 94, berkata, usia bukan penghalang besar buatnya untuk meneruskan kerja-kerja tersebut yang disifatkan sudah sebati dengan dirinya.

“Saya mula terdedah dengan kerja ini ketika berusia 13 tahun selepas mengikut orang-orang tua di kampung setiap kali ada kematian.

“Bermula dengan suka-suka sekadar ingin mengetahui, lama-kelamaan bertukar menjadi tugas hakiki sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita di Tanah Perbukuran Telaga Alor, Kampung Resak, Tendong hari ini.

Yusoff memberitahu, dia bangga apabila generasi muda turut terlibat dalam kerja-kerja berkenaan malah semakin mahir.

“Saya harap generasi pelapis ini dapat meneruskan kerja-kerja fardu kifayah itu dengan sebaik mungkin,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN