Tagline Wakanda Forever yang menjadi dialog dalam filem ikonik pecah panggung tahun ini yang masih ditayangkan, Avengers: Infinity War dengan kutipan luar biasa sebanyak RM2.7 bilion merupakan sepotong ayat sarkal yang mudah dihadam. Wakanda Forever menjadi tular di seluruh dunia. Ironinya, Wakanda hanyalah sebuah negara fiksyen yang diwujudkan oleh Marvel Comics buat adiwira Black Panther yang ikut masuk beradu dengan lebih 15 karakter lain dalam naskhah arahan Anthony Russo dan…










