LONDON 21 Julai – Manchester United tidak mampu membayar gaji Gareth Bale, sekali pun mereka mahu mendapatkan pemain sayap Real Madrid itu, dakwa bekas rakan sepasukannya di Wales, Craig Bellamy. Menurut media Britain, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dan Bale mahu memulakan rundingan untuk membawa pemain berusia 29 tahun itu ke Old Trafford. Begitupun, Real enggan melepaskan Bale, pemain yang meledak dua gol penting ketika mereka mengalahkan Liverpool dalam…










