KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah segera akan dirangka untuk memperketat undang-undang bagi mengelak kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuh. Dr. Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu. “Peguam Negara (akan) beritahu apa yang patut diperketatkan kerana undang-undang, peraturan dan akta yang kita ada mempunyai kelompangan yang…










