Undang-undang berkaitan kanak-kanak ada kelompongan - Utusan Malaysia

Undang-undang berkaitan kanak-kanak ada kelompongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui terdapat kelompongan dalam undang-undang berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak di negara ini.

Sehubungan itu, Wan Azizah berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pejabat Peguam Negara yang seterusnya memberi cadangan untuk mengetatkan undang-undang serta peraturan melibatkan soal penjagaan kanak-kanak.

“Undang-undang kita ada yang lompong dan perkara ini yang mesti kita perhatikan.

“Saya sedih apabila tragedi berlaku melibatkan bayi serta kanak-kanak dan untuk mencegahnya apabila berlaku kecuaian kita mesti ketatkan undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN