ADAKAH dua pilihan raya kecil (PRK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Balakong menandakan titik awal kerjasama UMNO-Pas yang kali terakhir pada 44 tahun lalu dalam pilihan raya umum 1974? Meskipun Pas mengutarakan alasan mendahulukan post-mortem Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk tidak meletakkan calon di kedua-dua kerusi itu, namun ‘tolak ansur’ menjadikan hanya UMNO/Barisan Nasional (BN) selaku calon tunggal pembangkang menampakkan pemimpin-pemimpin UMNO-Pas serius menjalin komitmen…










