UMNO, Pas adik-beradik - Tun M - Utusan Malaysia

UMNO, Pas adik-beradik – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – UMNO dan Pas kini boleh diibaratkan sebagai adik-beradik setelah Pas memberi laluan kepada calon UMNO untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Dakwaan itu dilontarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Pas yang tidak meletakkan calonnya bertanding pada PRK tersebut.

“Pas dan UMNO adik- beradik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri

majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Dalam PRK itu, BN diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam manakala Bebas diwakili calonnya, K. Murthy.

PKR pula diwakili oleh Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN