UMNO kecam Isreal lulus rang undang-undang Tanah Yahudi - Utusan Malaysia

UMNO kecam Isreal lulus rang undang-undang Tanah Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Tindakan Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang Tanah Yahudi semalam, yang melucutkan sama sekali hak rakyat Palestin dikecam.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan keterlaluan rejim Yahudi itu sama sekali bertentangan dengan Perisytiharan Balfour 1926 yang cuma menyebut Yahudi berkongsi bumi Palestin sebagai ‘tempat tinggal bersama’.

Menurut Ahmad Zahid, rang undang-undang ala aparthied  berkenaan menghapuskan peruntukan Perlembagaan yang mengiktiraf bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara itu serta Palestin.

“Rang undang-undang itu turut mengiktiraf Baitulmuqaddis atau Jerusalem sebagai ibu negara baru Israel, yang memadamkan sebarang bantahan umat Islam dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap isu itu.

“Ia dikhuatiri akan mencetuskan bantahan serta keganasan yang lebih hebat di Palestin. Ini sudah pasti digunakan oleh pasukan keselamatan Israel  sebagai satu ‘lesen’ untuk terus membunuh orang Palestin yang menentang mereka,”kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan.

Justeru Umno menggesa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan agar mendesak kerajaan Amerika, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Persidangan Islam dan PBB agar mendesak Tel Aviv mengkaji semula rang undang-undang itu dan menghormati pandangan masyarakat antarabangsa.

Ahmad Zahid turut menggesa Wisma Putra agar meneruskan dasar Kerajaan Malaysia yang menentang sebarang bentuk tindakan yang menafikan hak asasi rakyat Palestin.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN