KUALA TERENGANU 26 Julai – Alumni GPMS Kebangsaan menggesa agar Kementerian Pendidikan agar jangan mudah tunduk kepada desakan pihak berkepentingan yang mahu kerajaan segera mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kerana boleh memberi impak besar kepada kerajaan dan rakyat. Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, sekiranya terus dilakukan tanpa syarat tertentu yang perlu dipatuhi, bermakna kementerian berkenaan telah melakukan diskriminasi terhadap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti teras sistem pendidikan…










