Tun M tidak pasti penangkapan Jho Low - Utusan Malaysia

Tun M tidak pasti penangkapan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum dimaklumkan berhubung laporan mengatakan ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB), Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho telah ditahan di China.

Beliau mengulas mengenai laporan portal Sarawak Report semalam yang memetik sebuah stesen radio Hong Kong mendakwa pihak berkuasa China telah menahan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengesahkan lagi mengenai penangkapan ahli perniagaan itu.

“Saya tidak tahu (penangkapan Jho Low), terima kasih kerana memberi maklumat.

“Saya harap dia ditangkap dan akan dibawa balik ke Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu dikehendaki pihak polis berikutan dikaitkan dengan skandal berbilion ringgit melibatkan dana 1MDB.

Sebelum ini, polis menjejaki Jho Low di Hong Kong sebelum dia dipercayai melarikan diri ke Macau. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN