PUTRAJAYA 20 Julai – Siasatan Jabatan Perikanan terhadap penularan kononnya seorang individu telah jatuh sakit akibat terkena sengatan ulat bulu laut di Port Dickson, Negeri Sembilan adalah palsu kerana tiada sebarang kejadian seumpama itu berlaku di negeri itu. Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus menyiasat, memantau dan berinteraksi dengan orang ramai khususnya para nelayan walaupun sehingga hari ini tiada sebarang kes berkenaan spesies ulat bulu laut yang…










