KLANG – Sebuah trak polis yang membawa 23 orang kena tuduh (OKT) termasuk seorang wanita terbalik di laluan selekoh masuk Mahkamah Klang di Jalan Dato Hamzah di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, dua OKT lelaki dan pemandu trak polis terbabit berpangkat Lans Koperal dari unit bahagian Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara hanya mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan,…










