KUALA LUMPUR 30 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas kejadian taufan Jongdari yang membadai Jepun, semalam. Menurut Timbalan Perdana Menteri, lebih dahsyat kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas negara itu dilanda cuaca panas melampau yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 65 terkorban. “Saya sangat sedih dan bimbang selepas mengetahui berita taufan Jongdari yang melanda Jepun telah menyebabkan kecederaan dan memutuskan kuasa elektrik kepada puluhan…










