PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan sesetengah negara menutup sempadan mereka kepada pelarian, sebagai tidak berperikemanusiaan. Merujuk kepada isu pelarian Syria, beliau berkata, Malaysia sentiasa bersikap ramah kepada pelarian yang datang ke negara ini. “Sungguhpun jumlah pelarian ini terlalu besar, kita tetap menerima mereka atas sifat kemanusiaan. Kami berpendapat 0negara Eropah perlu mengotakan kata-kata mereka bahawa mereka bersimpati terhadap pelarian ini dan seterusnya membenarkan kumpulan ini memasuki negara…










