KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap peniaga ingkar yang didapati menaikkan harga susulan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementerian akan serahkan aspek itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menjalankan penguatkuasaan dan tindakan yang sesuai terhadap sikap tidak wajar dan anti-nasional ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari Gabungan Dewan…









