NEW DELHI 27 Julai – Pihak berkuasa India semalam mengesahkan seramai tiga kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran di sini biarpun ekonomi India semakin berkembang dalam pasaran dunia.
Al-Jazeera melaporkan, tiga kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mansi, 8, Shikha, 4 dan Parul dua tahun disahkan meninggal dunia di hopsital New Delhi pada Selasa lalu akibat kekurangan nutrisi dan kebuluran.
Menurut polis, kanak-kanak malang tersebut dibiarkan bersendirian berikutan bapa mereka dilaporkan hilang manakala ibu pula menghadapi masalah mental.
Hasil bedah siasat menunjukkan kesemua kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat kekurangan nutrisi yang teruk. – AGENSI










