Tiga anggota polis terlibat rasuah disambung reman - Utusan Malaysia

Tiga anggota polis terlibat rasuah disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Tempoh tahanan reman seorang anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima rasuah di negeri ini minggu lalu dilanjutkan selama tujuh hari, manakala dua lagi anggota polis dilanjutkan reman selama sehari bermula esok.

Perintah tahanan reman ke atas dua anggota polis berpangkat koperal dan sarjan itu dikeluarkan di Mahkamah Seremban oleh Penolong Pendaftar, Emysuriana Muhammad Subry.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek terbabit dibawa ke mahkamah pada pukul 10.14 pagi oleh SPRM untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek pertama berusia 29 tahun diwakili peguam Che Muji Che Noh, manakala suspek keempat dan kelima masing-masing berusia 50 dan 51 tahun diwakili peguam Azizi Abdul Aziz.

Dua lagi anggota polis dalam kes sama dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 setiap orang dengan masing-masing seorang penjamin.

Kosmo! pada 16 Julai lalu melaporkan, lima anggota polis ditahan reman enam hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan SPRM berhubung satu kes rasuah di negeri ini.

Mereka disyaki berpakat meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam aktiviti menjual dadah.

Perbuatan tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN