KUALA LUMPUR 26 Julai – Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di bawah syarikat-syarikat pegangan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak perlu tergesa-gesa meletak jawatan hanya disebabkan kesemua ahli lembaga pengarah institusi pelaburan strategik itu meletakkan jawatan. AHMED RAZMAN ABDUL LATIFF Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana kesemua CEO itu dilantik berdasarkan kelayakan profesionalisme dan pengalaman masing-masing yang secara dasarnya tidak terlibat dalam mana-mana agenda politik.…










