PUTRAJAYA 2 Julai – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) hari ini mengesahkan perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun yang tular dalam media sosial baru-baru ini tiada dalam rekod pendaftaran jabatan tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehubungan itu, pihak berkuasa akan terus mendapatkan bukti untuk mengesahkan pernikahan tersebut telah berlangsung di Golok, Thailand seperti didakwa. “Ibu bapa kanak-kanak itu mengatakan walaupun anaknya…










