KUANTAN – Pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan hari ini, menafikan dakwaan berlaku kejadian melarikan bayi dari hospital itu, seperti yang tular dalam laman sosial Facebook. Pengarahnya Dr. Norazmi Abdullah berkata kejadian sebenar ialah sepasang suami isteri warga Myanmar membawa anak mereka yang berusia sehari keluar tanpa menjelaskan bil hospital. Katanya wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dimasukkan ke hospital empat hari lepas sebelum melahirkan anak semalam dan dibenarkan pulang pada…










