Tiada dendam terhadap keluarga Najib - Tun M - Utusan Malaysia

Tiada dendam terhadap keluarga Najib – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembekuan akaun keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan isu membalas dendam.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, dakwaan mengenai balas dendam tersebut adalah satu tuduhan ke atas Pakatan Harapan.

“KIta nak balas dendam buat apa, yang dia (Najib) buat dahulu kita tak mengadu pun. Semua kawan-kawan saya dihalau tidak bagi berkawan dengan saya, pembekuan akaun mereka dilakukan. Kita tak mengadu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau dia kata ini salah, you can take it to the court (boleh bawa perkara ini ke mahkamah),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Semalam, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib mempersoalkan kewajaran pihak bank membekukan akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan.

Keluahan sama disuarakan anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar berhubung akaun banknya turut dibekukan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN