Tevez minta Messi lupakan hasrat bersara - Utusan Malaysia

Tevez minta Messi lupakan hasrat bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 19 Julai – Carlos Tevez meminta Lionel Messi untuk tidak bersara daripada arena bola sepak antarabangsa terutama selepas kegagalan Agentina di Piala Dunia Rusia.

Kejohanan edisi kali ini merupakan sesuatu yang ingin dilupakan Messi dan Argentina selepas tewas kepada Perancis di peringkat kalah mati dengan Jorge Sampaoli kemudiannya dipecat.

Argentina hampir pulang awal dalam saingan itu terutama selepas tewas 0-3 kepada Croatia dan seri 1-1 dengan Iceland di peringkat kumpulan.

Masa depan pemenang Ballon d’Or lima kali itu masih belum dipastikan terutama selepas pemain berusia 31 tahun itu pernah bersara seketika selepas Argentina tewas kepada Chile di final Copa America 2016.

Tevez menggesa Argentina untuk terus bekerja keras bagi memastikan penjaring terbanyak mereka berjaya di pentas dunia.

“Saya fikir, Leo perlu memikirkan tentang dirinya. Jika tiada sebarang perancangan yang mampu menggembirakannya atau membuatkan dia rasa selesa, keadaan akan menjadi sukar untuk dia membantu Argentina menjadi juara.

“Kita banyak membazir masa tidak menggembirakannya dan tidak mampu membantunya mencapai sasaran.

“Saya fikir, kita semua melakukan kesilapan untuk tidak meletakkan dia dalam keadaan selesa.

“Sekarang ini saya memintanya untuk berehat dan tenangkan fikiran, kemudian kami memerlukannya semula untuk mengetuai pasukan semasa di dalam padang,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN