Terserah kepada dia - Fadzil Zahari - Utusan Malaysia

Terserah kepada dia – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mengakui masih belum menerima bayaran semula wang yang dipinjam oleh seorang pereka fesyen sejak tiga tahun lalu.

Fadzil, 34, yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Empire Film Solution Sdn. Bhd. berkata, pelbagai cara telah dilakukan untuk menghubungi pereka berkenaan, Zery Zambry namun segalanya tidak berhasil.

“Saya telah cuba menghubunginya sejak tiga tahun lalu. Kini, kesemua akaun media sosial saya dan isteri telah disekat dan ia menyukarkan kami untuk menghubunginya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awalnya dia (Zery Zambry) ingin meminjam sejumlah wang sebanyak RM30,000 namun, setelah berbincang kami kemudian bersetuju memberinya pinjaman berjumlah RM15,000.

“RM5,000 dari nilai tersebut dijadikan kontra bayaran disebabkan kami menyimpan beberapa barangan di stor simpanan miliknya. Justeru wang pinjaman masih berbaki sebanyak RM10,000,” katanya. 

Mengulas lanjut, Fadzil memberitahu dia dan Yana tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dengan harapan Zery Zambry akan melunaskan bayaran tersebut sendiri.

“Sekiranya dia berasa bertanggunjawab untuk membuat bayaran, dia akan melunaskan hutang tersebut, terserah kepadanya. Sekiranya kami membawa kes ini ke tengah, ia akan melibatkan kos guaman yang pastinya lebih mahal daripada jumlah pinjaman tersebut,” terang Fadzil yang juga adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil. 

Awal Jun lalu Fadzil memuat naik status di laman Facebook dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Zery Zambry yang enggan membayar wang pinjaman meskipun telah tiga tahun berlalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN