KUALA LUMPUR 3 Julai – Cubaan seorang lelaki dengan terjun dari bangunan tiga tingkat membawa padah apabila kaki kirinya patah dalam kejadian di Sekolah Menengah La Salle, Petaling Jaya, dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu dikatakan memecah masuk pejabat sekolah tersebut sebelum perbuatannya dikesan kira-kira pukul 5.40 pagi tadi. “Suspek yang menyedari kehadiran…










