Terima kekalahan Ku Li dengan hati terbuka - Utusan Malaysia

Terima kekalahan Ku Li dengan hati terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 1 Julai – UMNO bahagian ini menerima dengan hati terbuka kekalahan ketua mereka, Tengku Razaleigh Hamzah dalam merebut jawatan Presiden UMNO semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua bahagian yang baharu, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, keputusan itu adalah kehendak seluruh perwakilan walaupun desakan asalnya daripada akar umbi.

Katanya, dia menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai wira dalam perjuangan UMNO dan niatnya yang ikhlas untuk memulihkan kembali parti selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu ditolak perwakilan.

“Walaupun tewas kita masih menyanjung Tengku Razaleigh sebagai ikon UMNO yang berpengalaman.

“Kami sebagai pemimpin bahagian menghormati keputusan dibuat seluruh perwakilan UMNO itu,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Lembaga, di sini, hari ini.

Mohd. Syahbuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata, kekalahan Ku Li bagi jawatan Presiden UMNO diterjemah dengan keadaan amat baik sekali tanpa berlaku sebarang kekeliruan.

“Kita menghormati pemimpin kesayangan kita dan semoga beliau terus kekal berjuang di UMNO bahagian ini kerana kita masih memerlukan sumbangan bakti dan pengalamannya.

“Keputusan sudah dibuat dan mengharap pencatuan dapat diwujud semula antara pemimpin dan keseluruhan ahli UMNO tanpa ada yang tikam dari belakang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN