KOTA BHARU 12 Julai – Bagai bulan jatuh ke riba. Itu ungkapan paling sesuai buat Saadiah Samad yang mendapat perhatian banyak pihak selepas kisah keluarganya yang mendiami rumah papan daif tular baru-baru ini. Sebelum ini, kisah kesusahan hidup surirumah Saadiah, 63, yang terpaksa berhimpit-himpit mendiami sebuah rumah papan yang usang bersama 13 ahli keluarga termasuk menantu serta cucunya. Rumah papan didiami mereka sekeluarga itu berusia lebih 30 tahun rosak dikatakan…










