KUALA TERENGGANU 13 Julai – Jabatan Pelancongan negeri akan melaksanakan audit menyeluruh bagi meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan produk-produk pelancongan bermula September depan. Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak berkata, pelaksanaan My Terengganu Tourism Quality Service (My-TTQS) itu merupakan satu pengiktirafan kepada produk pelancongan di samping memberi pendedahan kepada penggiat industri agar mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan selaras untuk memenuhi kehendak pelancong. Katanya, buat permulaan proses penilaian akan membabitkan dua produk pada setiap bulan dan insiatif tersebut bakal digerakkan secara bersama dengan agensi berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya