Tempoh setahun tukar warna kasut - Maszlee - Utusan Malaysia

Tempoh setahun tukar warna kasut – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM – Kerajaan memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi melaksanakan peraturan pemakaian kasut berwarna hitam di semua sekolah kerajaan.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, tempoh berkenaan adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pelajar yang tidak memakai kasut hitam ke sekolah. 

“Untuk tahun depan, siapa (ibu bapa) yang sudah sediakan kasut putih, kita bagi kelonggaran mereka (pelajar) pakai lagi. Kita faham perubahan tidak boleh dilakukan secara paksaan, kekerasan dan kita cuba memahami agar semua pihak khususnya ibu bapa dan pemain industri berasa gembira.

“Kita tidak akan buat hard landing tapi soft landing kerana kita tak mahu ada yang terbeban dan rasa tertekan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Parlimen Simpang Renggam dan mesyuarat bersama agensi kerajaan di Pejabat Parlimen Simpang Renggam di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN