KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tempoh reman selama lima hari terhadap Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan dua pengarah syarikat kontraktor berkaitan penyelenggaraan kapal. Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu selepas menerima permohonan lanjutan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan salah laku rasuah melibatkan tiga suspek terbabit. Kesemua suspek yang berusia antara 40-an hingga 50-an itu ditahan reman bagi…










